4:50 petang | Kg. Kerdas 2
Saya menghadiri ceramah Kelompok dan Bacaan Yasin Muslimat Kg. Kerdas. Walaupun hujan, tanggungjawab bertemu pengundi diteruskan juga.
5.00 petang | Kampung Changkat
Bersama ketua kampung (berkopiah) melawat seorang pemuda warga tempatan yang terkena musibah buatan orang. Mohon doa rakan-rakan. Walaupun kita berlainan ideologi, tetapi kita tetap saudara seIslam.
5:30 petang | Taman Selaseh 2
Program memperkenalkan calon N17, Gombak Setia kepada penduduk Taman Selaseh. Sambutan penduduk begitu hebat. Tahniah kepada penganjur atas pertemuan petang ini.
Saya turut menyantuni para jemaah surau Syeikh Daud Al-Fatani Batu Caves dan berpeluang untuk berucap memperkenalkan diri.
Ayuh, mari kita MENERUSKAN KECEMERLANGAN; Kekal Selangor dan Ubah Putrajaya.
UHR; Ustaz Hasbullah Ridzwan - Ustaz Harapan Rakyat - Unity, Hope & Reform!
0 comments:
Post a Comment