Wawancara
bersama calon Dun Gombak Setia N17, Ustaz Hasbullah Bin Mohd Ridzwan pada 20
April 2013 bertempat di Pejabat Pas Kawasan Gombak. Beliau akan bertanding
mewakili Pas dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang bakal diadakan pada
05 Mei 2013 ini. Ikuti wawancara berikut bersama beliau.
Boleh ustaz ceritakan serba sedikit berkaitan profil
peribadi?
Saya
lahir pada 3 Julai 1975, berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak,
mempunyai empat adik beradik dan kini menetap di Kuala Lumpur. Telah berkahwin
dan mempunyai empat orang anak. Latar belakang pendidikan dari Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam dari Universiti
Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Islam Negeri Sultan Shariff Kasim Riau. Pengalaman
dalam PAS sehingga kini adalah sebagai pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
Adakah ustaz pernah menjadi calon pada pilihan raya
sebelum ini?
Saya
tidak pernah bertanding sebagai calon pilihanraya dan ini adalah kali pertama.
Apakah faktor yang mendorong ustaz bertanding pada
PRU 13 ini?
Pada
saya, ini adalah amanah. Untuk mengatakan ‘apa yang mendorong’ itu tidak tepat
kerana seolah-olah saya menginginkan jawatan ini. Tetapi yang tepat adalah apa
yang saya terima ini adalah satu tanggungjawab. Parti yang mengamanahkan saya
sebagai orang yang bertanggungjawab untuk berbakti dan berkhidmat kepada
masyarakat di Gombak Setia.
Di kawasan DUN Gombak Setia khususnya, apakah
masalah-masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di kawasan ini?
Berdasarkan
pengalaman dari pusat khidmat sebelum ini, kita lihat antara masalah yang biasa
dihadapi penduduk Gombak Setia adalah dalam soal infrastruktur, penyusunan
kampung tradisi, soal pemilikan tanah dan rumah. Antara yang sering dikaitkan selainnya
adalah hak orang asli. Selain itu, ketidaksaksamaan dalam memberi hak kepada
rakyat juga adalah satu masalah. Pembangunan jati diri rakyat merupakan adalah
perkara yang sangat perlu ditekankan.
Perubahan yang ingin ustaz lakukan sebaik menjadi
ADUN Gombak Setia?
Perubahan
yang ingin saya lakukan, adalah berdasarkan masalah-masalah yang telah disebut
sebentar tadi dan dari situ kita akan memperbaiki dan memperelokkan kepada yang
lebih baik. Yang pertama dalam soal infrastruktur, apa yang kita dapat lakukan
adalah dengan kerjasama semua pihak dalam membantu kearah sifar masalah
prasarana. Dalam soal penyusunan kampung tradisi pula, masalah yang umum adalah
seperti saluran longkang yang tidak sistematik dan ini yang ingin kita
perbaiki. Hak orang asli juga yang sering diabaikan perlu diambil berat oleh
pemimpin. Oleh kerana itu, saya menitikberatkan soal kesaksamaan kepada rakyat dalam menikmati hasil negeri
secara adil. Yang lebih utama, saya ingin menyeru ditingkatkan pembangunan jati
diri rakyat kerana ianya sesuatu yang penting demi menghasilkan rakyat yang
berilmu, berpengetahuan dan memahami hak mereka.
Visi dan misi ustaz sebagai calon ADUN Gombak Setia?
Saya
meletakkan visi merealisasikan Gombak berkebajikan, menekankan konsep unity
iatu kesatuan rakyat dan meneruskan kecemerlangan yang digagaskan oleh Pakatan
Rakyat sebelum daripada ini. Misi yang ditekankan adalah memahami kehendak dan
keperluan masyarakat setempat, menyelesaikan masalah pembangunan prasarana
setempat, mengharmonikan perpaduan erat masyarakat majmuk, menyuburkan Gombak
sebagai pusat pembangunan insan melalui institusi masjid dan pusat pendidikan
setempat, dan menggiatkan kegiatan dan syiar Islam.
Prinsip hidup yang dipegang selama ini?
Prinsip
hidup yang dipegang saya sebelum ini adalah “fastaqim kama umirta” seperti
didalam surah Hudd ayat 112 yang bermaksud “hendaklah engkau sentiasa teguh
berdiri diatas jalan yang betul”. Pada saya, kehendak dan kemahuan sangat perlu
dalam melaksanakan prinsip.
Harapan kepada penduduk DUN Gombak Setia?
Saya
mengharapkan agar para pengundi dapat memberi peluang kepada saya dalam PRU 13
untuk berkhidmat dan mewakili suara rakyat Gombak untuk dibawa kepada peringkat
DUN.
0 comments:
Post a Comment